Assignment CTU 151
Tajuk
Sejarah Seorang Saudara Baru di Kampung Sri Pinang dan Peranannya dalam Berdakwah.
Disediakan untuk
Ustaz Abd Aziz Bin Harjin
Pensyarah CTU 151
Disediakan oleh
Saniah binti Habit @ Habib
No. matrik : 2010257136
Kumpulan : ASD2Fn
Program
Diploma Sains
Tarikh Hantar
28 Februari 2011
ISI KANDUNGAN
1) ABSTRAK
2) PEMBUKA BICARA
3) MENYINGKAP MASA LALU
4) UJIAN ANUGERAH ILLAHI
5) PERANANNYA SEBAGAI MUALAF DALAM BERDAKWAH
6) PENUTUP
7) RUJUKAN
ABSTRAK
ABSTRAK
Tajuk
Sejarah Seorang Saudara Baru di Kampung Sri Pinang dan Peranannya dalam Berdakwah.
Mualaf dari segi bahasa bermaksud seseorang yang bukan beragama islam yang baru memeluk agama islam secara rasmi dengan tatatertib yang tertentu oleh seseorang yang tertentu.
Manakala dari segi istilah pula mualaf bermaksud pengislaman saudara baru kepada agama islam setelah mendapat cahaya petunjuk dan hidayah daripada Allah s.w.t demi mendapatkan ketenangan, keindahan dan cara hidup islam yang sempurna dan melaksanakan segala kewajipan-kewajipan Islam serta meninggalkan segala laranganNya. Tidak mustahil bagi seseorang yang jauh dalam kegelapan untuk berhijrah kepada Islam jika Yang Maha Kuasa berkehendakannya. Pabila Allah telah berkehendak dan memberikan hidayah kepada seseorang, tidak ada seorang pun yang mampu menolaknya. Dan bila Allah tidak menghendakinya, seberapa pun baiknya akhlak orang itu, tetap saja ia tidak akan beriman.
Namun dalam mencari cahaya petunjuk yang kekal abadi dan diredhai, pastinya pelbagai dugaan yang perlu ditempuhi oleh seorang mualaf itu seperti penentangan keluarga dan juga masyarakat ( masyarakat anutan nenek moyang mereka ). Justeru saya menyingkap sebuah cerita oleh seorang mualaf di kawasan kejiranan saya untuk pedoman bersama melalui pelbagai pengalaman yang telah ditempuhi beliau. Saya percaya tidak ramai yang berjaya mendalami rahsia perjalanan seorang mualaf , padahal sebagai seorang saudara Islam yang baru, mereka semestinya memerlukan bimbingan dari teman-teman, tempat berlindung, dan juga pembimbing dalam menjalani kehidupan baru sebagai seorang muslim. Saudara-saudara baru ini memerlukan teman-teman yang dapat memberikan dorongan dan sokongan moral serta perlindungan dari kecaman keluarga akibat daripada perpindahan agama mereka yang baru. Kesimpulannya, perkara ini bukanlah suatu perkara yang biasa kita dengari kerana ianya seolah-olah menjadi satu ujian bagi mereka sebagai persediaan menghadapi kehidupan baru.
PEMBUKA BICARA
Pertama sekali, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Assalamua’laikum w.b.t dan salam sejahtera,
Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah ke hadrat ilahi kerana telah memberikan kudrat dan izinNya kepada saya bagi menyiapkan kerja kursus tentang al kisah seorang mualaf di kawasan kejiranan saya dan peranannya kepada masyarakat Islam sedunia dengan lancarnya. Sejuta penghargaan saya tujukan kepada Ustaz Abd Aziz Harjin yang merupakan pensyarah CTU 151 Uitm Kampus Arau, Perlis kerana telah memberi bimbingan tentang kaedah-kaedah dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa saya yang banyak memberikan sokongan dari segi wang ringgit mahupun kemudahan pengangkutan untuk membawa saya menemubual seorang saudara baru Islam yang juga merupakan kenalan kepada ibu saudara saya.
Saya amat bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan baik beserta bantuan dari pelbagai pihak di samping dapat menimba ilmu pengetahuan dan berkongsi pengalaman yang tidak dapat dilupakan iaitu menemubual seorang saudara baru Islam (mualaf) iaitu Mohd Saiful bin Abdullah. Selain itu, saya juga dapat menyingkap bermacam-macam dugaan yang telah berjaya ditempuhi oleh beliau sebelum bergelar sebagai seorang muslim. Dengan kesabaran dan keteguhan hati beliau untuk memeluk Islam menarik minat saya untuk mencontohi dan mengagumi beliau.
Namun, saya tidak mendapat kebenaran oleh beliau untuk merakamkan beberapa keping foto beliau sebagai rujukan dan juga lampiran di atas permintaan beliau sendiri.
Selain itu, saya juga telah berjaya menyingkap sedikit sebanyak tentang masa lalu beliau sebelum memeluk Islam untuk dijadikan pedoman kepada saudara-saudara baru Islam yang lain dalam mengharungi dugaan mahupun badai yang melanda. Dari aspek yang lain, pendedahan seperti ini juga dapat menarik minat penganut agama lain untuk tertarik kepada Islam sekaligus mengikut jejak langkah beliau.
Di samping itu, saya juga mempelajari pelbagai pengajaran hasil daripada sesi menemu ramah saudara baru ini berkaitan dengan keteguhan dan semangat beliau selepas memeluk agama Islam demi mempertahankan nawaitu beliau untuk menjadi seorang muslim yang sejati walaupun terpaksa merahsiakan hasrat beliau itu daripada keluarga sendiri. Oleh yang demikian, saya amat berbangga mempunyai pengalaman dalam menyiapkan tugasan ini untuk mengingkap suka duka seorang saudara baru Islam di kariah saya.
Menyingkap masa lalu
Nama Islam yang jelas tertera di atas kad pengenalan adalah Saiful bin Abdullah. Namun, di sebalik nama ini, ada kisah menarik yang dapat dikongsikan dengan semua masyarakat Islam.
Saiful dilahirkan sebagai seorang insan sederhana kehidupannya di Wilayah Pattani, Thailand pada 6 Mac 1980 dan dilahirkan sebagai seorang penganut agama Buddha sepertimana saudara maranya yang lain. Suatu ketika dahulu, Saiful turut diberi nama Phirsukorn A/L Paradorn dan juga dikenali sebagai Phil olah teman-temannya. Umurnya sekarang adalah sekitar 30an dimana beliau dilahirkan pada 19 Julai tahun 1976 Masihi di Hospital Baling, Kedah. Hal ini kerana ibu bapanya telah menetap di Kedah sejak beberapa bulan sebelum kelahirannya dan pulang semula ke kampung halaman mereka di negara sempadan 2 tahun kemudian kerana pada ketika itu datuknya sakit kuat. Bapanya, Paradorn A/L Charaporm,47 tahun merupakan seorang penoreh getah manakala ibunya pula Chieranort A/P Supradorn,40 adalah suri rumahtangga sepenuh masa.
Majoriti para penduduk kampung di kawasan rumah mereka merupakan orang Melayu dan ini menjadikan keluarga tersebut terdedah dengan pengaruh daripada kaum melayu baik dari segi budaya, makanan, pergaulan dan agama Islam. Keterampilan sikap orang melayu yang lembut dalam tatatertib dalam kehidupan menyebabkan Phirsukorn sangat mengagumi orang melayu dan menyenanginya, meskipun pada waktu itu dia belum mengenali agama Islam sepenuhnya,namun dia sudah mula tertarik dengan akhlak masyarakat Islam.
Tambahan pula, Saiful turut di sekolahkan di sekolah melayu berhampiran kawasan tempat tinggalnya. Di sekolah, Saiful gemar berkawan dengan rakan-rakannya yang berbangsa Melayu malah beliau juga amat disenangi oleh sahabat-sahabatnya. Baginya tiada perbezaan antara kaum dalam negara ini yang sememangnya merupakan negara 1Malaysia. Hal ini kerana orang Melayu itu sendiri memainkan peranan sebagai ‘role model’ kepada kaum lain untuk menyebarkan akhlak-akhlak islamiah kepada penganut lain dengan mengamalkan segala ajaran dalam islam dalam mengharungi kehidupan di dunia fana ini.
Sedari kecil lagi Saiful sememengnya mudah berkawan dengan jiran-jiran berbangsa Melayu di sekitar rumahnya. Malah, semenjak itu lah beliau mula tertarik kepada Islam berdasarkan budaya-budaya masyarakat Melayu baik dari segi pemakanan, pergaulan dan sebagainya. Namun, beliau memendamkan sahaja hasratnya itu kerana bimbang keluarganya akan memberikan reaksi negatif terhadapnya gara-gara tidak dapat memberikan restu kepadanya.
UJIAN ANUGERAH ilahi
Setelah 3 tahun memendamkan hasrat di hati, pada awal usia 23 tahun, Saiful telah tekad untuk menyatakan hasratnya untuk memeluk agama Islam kepada ahli keluarganya tetapi seperti yang telah beliau sangkakan, hasratnya itu ditentang keras oleh mereka terutamanya ibu bapanya. Mereka berasa amat kecewa terhadapnya sehinggakan ada suatu ketika ibunya merajuk lalu tidak mahu makan selama seharian malah langsung tidak mahu bercakap dengannya. Pada ketika itu, Saiful amat sedih dan berasa sangat bersalah terhadap ahli keluarganya. Namun, beliau sedar perkara sedemikian pastinya akan terjadi.
Walau bagaimanapun, beliau tetap tabah menghadapi segala ujian yang melanda dirinya Selain itu, beliau juga hampir dipukul oleh bapanya gara-gara kecewa dengan keputusan Saiful untuk meninggalkan agama nenek moyang mereka lalu ingin memeluk Islam. Namun, Saiful sedar walau apa pun yang berlaku, kebenaran Islam perlu dipertahankan.
Oleh itu, Saiful telah berhijrah ke Utara Malaysia dan tinggal bersama sahabatnya yang juga merupakan saudara angkatnya selepas diterima sebagai anak angkat oleh kedua ibu bapa sahabatnya itu yang berbangsa Melayu kerana berhasrat ingin memulakan kehidupan baru dan berdikari. Pada tanggal 4 Januari 2003, Saiful dengan rasminya melafazkan dua kalimah syahadah di mahkamah syariah di sini.
Pertemuan dengan gadis pilihan
Pada tahun 2003 juga, beliau telah bertemu dengan seorang gadis pilihan hatinya. Walau bagaimanapun sekali lagi Saiful harus memberanikan diri dan berdepan dengan keluarganya bagi menyampaikan isi hati untuk berumahtangga dengan gadis pilihan hatinya, Fatimah binti Saidin. Sewaktu Saiful berterus-terang dan meluahkan perasaan hati ingin mengahwini Fatimah, ibunya berwajah bengis seolah-olah tidak dapat menerima keputusannya itu. Sebaliknya, bapa beliau tidak membantah kerana beliau seolah-olah faham kehendak hatinya itu lalu merstui mereka berdua. Saiful dan Fatimah telah mendirikan rumahtangga pada 12 Disember 2003 tanpa kehadiran seorang pun ahli keluarga sebelah pihaknya. Majlis pernikahan Saiful bersama isterinya hanyalah dibuat secara kecil-kecilan di mana segala persiapan sempena majlis perkahwinanya telah lengkap diatur oleh keluarga angkatnya. Isterinya merupakan seorang gadis tempatan di sebuah kampung di sekitar kawasan Baling, Kedah iaitu di Kampung Kuala Kedua, Ulu Legong. Malah, keluarga gadis itu juga adalah kenalan rapat keluarga angkatnya sendiri. Hasil daripada perkongsian hidup bersama isteri tercinta, mereka telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu dalam lingkungan usia 6 hingga 12 tahun. Namun, rumahtangga beliau yang terbina hampir 6 tahun tidak bertahan lama lalu mereka berpisah dengan kata lafaz talak satu oleh Saiful kepada isterinya itu.
Sekarang beliau merupakan seorang pekerja buruh binaan di bandaraya Sungai Petani, Kedah dan tinggal bersama anak-anaknya. Mereka sekeluarga hidup dalam kelompok keluarga yang sederhana di sebuah kampung Melayu yang dikenali sebagai Kampung Sri Pinang berdasarkan pendapatan Saiful yang tidak seberapa. Selain itu, beliau juga telah mendaftar menjadi ahli Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia ( PERKIM ) Negeri Kedah. Hal ini kerana beliau bimbangkan kebajikan anak-anaknya terutamanya untuk menyambung pelajaran kerana pendapatan yang diperolehinya tidak mampu untuk menampung segala keperluan mereka sekeluarga.
Peranannya sebagai mualaf dalam berdakwah
Agama Islam tidak sekali-kali memaksa orang bukan Islam memeluk agama Islam. Islam mengikhtiraf dan menghormati kewujudan pelbagai agama, bangsa dan warna kulit. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud,
"Hai manusia, sesungguhnya Kami mencipta kamu dari seorang laki-laki, seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal."(Al Hujurat 49: 13)
Islam adalah agama yang berteraskan kepada kepercayaan dan keyakinan yang terbit dari hati. Pengakuan ketaatan kepada Allah yang satu dan Nabi Muhammad sebagai pesuruhnya tidak dianggap sah sekiranya tidak dituruti dengan keikhlasan hati. Dari itu, orang Islam tidak dibenarkan memaksa orang bukan Islam memeluk agama Islam biarpun mereka itu terdiri dari kaum kerabatnya. Agama Islam tidak boleh dipaksa kepada sesiapapun kerana paksaan adalah perbuatan yang keji dan dikutuk oleh Allah s.w.t. Islam tidak menganjurkan paksaan dalam keadaan apa sekalipun untuk menyebarkan ajarannya kerana tindakan sedemikian hanya akan menghancurkan tujuan dan falsafah hidup Islam itu sendiri. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud,
"Tiada paksaan di dalam Islam........................."(Al-Baqarah 2:256)
Walaupun orang Islam tidak dibenarkan memaksa, tetapi adalah menjadi kewajipan ke atas setiap mereka untuk menyeru dan mengajak manusia kepada Islam, agama yang membawa kesejahteraan kepada manusia. Kalau merujuk kepada sejarah, ketika Rasulullah s.a.w. menyebarkan agama Islam di kalangan bukan Islam, Baginda tidak pernah menggunakan pendekatan yang kasar atau dalam bentuk memaksa. Dakwah yang disampaikan adalah secara lembut dan penuh hikmah. Baginda menyeru manusia menyembah Allah s.w.t. dengan penuh kasih sayang dan mudah difahami. Pendek kata, tidak pernah sama sekali Baginda menggunakan perkataan yang kasar dalam berdakwah. Tanggungjawab menyebarkan Islam mesti disampaikan walau di mana Baginda berada. Ia terpulang kepada orang ramai untuk menerima atau menolaknya. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud,
"Katakanlah (wahai Muhammad): kebenaran itu datang daripada Tuhan kamu, maka sesiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman dan sesiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir..."(Al-Khafi 18: 29)
Firman Allah s.w.t. lagi yang bermaksud,
"Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad), kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada menolaknya dan sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan, bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu)."(Al-Ghasyiyah 88: 21-22)
Ayat ini dengan jelas menerangkan bahawa Islam menjamin kebebasan beragama. Dalam sistem pemerintahan Islam, pemerintah tidak berhak untuk memaksa agama lain untuk memeluk agama Islam sekalipun orang itu tidak mempunyai apa-apa agama. Mereka berhak mengamalkan adat istiadat dan cara hidup mereka selagi mana tidak menimbulkan perkara yang tidak sihat dalam masyarakat umum. Begitulah lunaknya ajaran Islam yang diwahyukan oleh Allah s.w.t.
"Hai manusia, sesungguhnya Kami mencipta kamu dari seorang laki-laki, seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal."(Al Hujurat 49: 13)
Islam adalah agama yang berteraskan kepada kepercayaan dan keyakinan yang terbit dari hati. Pengakuan ketaatan kepada Allah yang satu dan Nabi Muhammad sebagai pesuruhnya tidak dianggap sah sekiranya tidak dituruti dengan keikhlasan hati. Dari itu, orang Islam tidak dibenarkan memaksa orang bukan Islam memeluk agama Islam biarpun mereka itu terdiri dari kaum kerabatnya. Agama Islam tidak boleh dipaksa kepada sesiapapun kerana paksaan adalah perbuatan yang keji dan dikutuk oleh Allah s.w.t. Islam tidak menganjurkan paksaan dalam keadaan apa sekalipun untuk menyebarkan ajarannya kerana tindakan sedemikian hanya akan menghancurkan tujuan dan falsafah hidup Islam itu sendiri. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud,
"Tiada paksaan di dalam Islam........................."(Al-Baqarah 2:256)
Walaupun orang Islam tidak dibenarkan memaksa, tetapi adalah menjadi kewajipan ke atas setiap mereka untuk menyeru dan mengajak manusia kepada Islam, agama yang membawa kesejahteraan kepada manusia. Kalau merujuk kepada sejarah, ketika Rasulullah s.a.w. menyebarkan agama Islam di kalangan bukan Islam, Baginda tidak pernah menggunakan pendekatan yang kasar atau dalam bentuk memaksa. Dakwah yang disampaikan adalah secara lembut dan penuh hikmah. Baginda menyeru manusia menyembah Allah s.w.t. dengan penuh kasih sayang dan mudah difahami. Pendek kata, tidak pernah sama sekali Baginda menggunakan perkataan yang kasar dalam berdakwah. Tanggungjawab menyebarkan Islam mesti disampaikan walau di mana Baginda berada. Ia terpulang kepada orang ramai untuk menerima atau menolaknya. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud,
"Katakanlah (wahai Muhammad): kebenaran itu datang daripada Tuhan kamu, maka sesiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman dan sesiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir..."(Al-Khafi 18: 29)
Firman Allah s.w.t. lagi yang bermaksud,
"Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad), kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada menolaknya dan sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan, bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu)."(Al-Ghasyiyah 88: 21-22)
Ayat ini dengan jelas menerangkan bahawa Islam menjamin kebebasan beragama. Dalam sistem pemerintahan Islam, pemerintah tidak berhak untuk memaksa agama lain untuk memeluk agama Islam sekalipun orang itu tidak mempunyai apa-apa agama. Mereka berhak mengamalkan adat istiadat dan cara hidup mereka selagi mana tidak menimbulkan perkara yang tidak sihat dalam masyarakat umum. Begitulah lunaknya ajaran Islam yang diwahyukan oleh Allah s.w.t.
PERANANNYA DALAM DAKWAh
Peranan Kepada Diri..
Saiful berasa amat bersyukur ke hadrat Ilahi, dengan limpah kurniaNya yang tidak ternilai telah membawanya untuk berlindung di bawah agama Islam yang sempurna dan yang paling penting, hidupnya dan anak-anak kini sentiasa dilindungi yang Maha Kuasa. Malah Saiful juga tidak pernah lupa berdoa kepada Allah SWT agar seluruh keluarganya akan mendapat hidayah sepertinya walaupun ianya mustahil tanpa izin Allah. Sekurang-kurangnya beliau sendiri dapat merasai betapa hebatnya Kekuasaan Allah taala dengan memberikan cahaya petunjuk yang benar pada dirinya. Ketenangan dan kesempurnaan agama Islam yang syumul mencorakkan hidupnya menjadi insan yang berakhlak mulia. Segalanya bermula dari perhatian beliau tentang keistimewaan agama Islam sendiri dalam golongan masyarakat Melayu di kawasan kediamannya sejak dari kecil lagi. Kesan daripada anjakan paradigma terhadap sistem kehidupannya jelas membuahkan hasil atas usaha kerasnya melaksanakan segala tuntutan setelah menjadi seorang muslim.
Peranan Kepada Keluarga..
Segala ilmu agama yang diperoleh Saiful setelah bergelar muslim sentiasa memanfaatkan dirinya untuk diamalkan dalam kehidupan seharian memandangkan kini sudah bergelar seorang bapa kepada puteri dan puteranya. Anak-anaknya sentiasa dididik untuk sentiasa menghormati orang tua dan tetamu serta memastikan anak-anaknya sentiasa berbekalkan ajaran Islam yang sebenar dengan menghantar putera dan puterinya menghadiri kelas bacaan al-Quran. Selain itu, anaknya dididik supaya berdisplin dalam melaksanakan solat tepat pada waktunya. Malah dia juga tidak pernah lupa untuk membawa anak-anaknya menziarahi sanak saudara agar ukhwah antara mereka tidak akan pernah putus meskipun berlainan agama dan budaya masing-masing.
Peranan Kepada Masyarakat..
Setelah bergelar seorang muslim, Saiful berasa amat bersyukur kerana kehadirannya sebagai saudara baru dalam Islam diterima baik oleh masyarakat Islam yang lain. Segala permasalahan berkaitan dengan agama sentiasa dirujuk kepada sahabat-sahabatnya yang muslim dan rakan-rakannya. Sepanjang tiga tahun menyembunyikan hasrat di hati untuk memeluk Islam, banyak yang dapat beliau pelajari terutamanya bersabar dan bersedia walau apa jua dugaan yang melanda. Selain itu, Saiful juga meringankan tulang untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja kemasyarakatan seperti gotong royong, kenduri kendara dan aktiviti-aktiviti keagamaan di surau dalam kawasan tempat tinggalnya.
penutup
Sebagai rumusan yang dapat saya simpulkan di sini bahawa mualaf merupakan aset berharga kepada perkembangan syiar Islam, apatah lagi mereka yang masih muda remaja. Melalui sumber kajian yang saya peroleh pastinya dapat mendedahkan kepada masyarakat umum tentang perjalanan hidup beliau sebagai seorang mualaf sekaligus menghayatinya. Bayangkan, jika jejak langkah mualaf ini turut disertai oleh ahli keluarga mereka selepas itu. Pastinya bilangan mualaf akan bertambah berlipat kali ganda dan mereka juga tidak boleh dipandang hina. Jika mereka memerlukan latihan, berikanlah latihan, jika mereka kurang ilmu, maka berikanlah ilmu, jika mereka memerlukan apa-apa jua bantuan, maka adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai masyarakat Islam untuk membimbing dan membantu mereka bagi menyesuaikan diri sebagai seorang saudara baru dalam Islam. Selain itu, mereka juga berhak menerima wang zakat yang dikumpulkan dan diberikan kepada mereka. Jika kita sebagai muslim tidak berlaku adil, kita akan disoal oleh Allah SWT di akhirat nanti. Maka marilah kita sama-sama meringankan tulang membantu saudara seagama kita dalam menghadapi kehidupan baru mereka sebagai muslim sejati.
Rujukan
http://ridhuan tee.blogspot.com
Habsah binti Yaakob ( ibu saudara )
Encik Saiful bin Abdullah (mualaf)